thumbnail

CARA MASAK PUTU MAYAM PANDAN

CARA MASAK PUTU MAYAM PANDAN


Bahan-bahan:

2 cawan tepung beras

2 cawan air

1 sudu teh garam

1 sudu makan minyak masak

Pes pandan nona manis (jika nak rasa pandan & warna hijau)

Daun pisang – lapik semasa mengukus

Gula perang

Gula merah @ gula melaka – dihiris halus

Kelapa parut putih – digaul dengan secubit garam

Cara-cara penyediaan putu:

1. Sediakan daun pisang yang dipotong bentuk bulat.

2. Panas dan didih air terlebih dahulu.

3. Bila sudah mendidih masukkan garam dan minyak jagung gaul rata.

4. Tutup api masukkan tepung beras sedikit2 sambil terus mengacau hingga jadi adunan lembut. Jika perlu, belum jadi adunan lembut tambah tepung sedikit-sedikit sahaja.

5. Masa adunan panas masukkan ke dalam acuan maruku pilih lubang yang paling kecil untuk putu mayam.

6. Putar acuan secara membulat di atas daun pisang yang telah disapu sedikit minyak jangan terlalu tebal.

7. Susun dalam kukus. Kukus lebih kurang 2 ke 3 minit sahaja sudah masak alihkan putu mayam ke dalam bekas.

8. Sedia dihidang bersama dengan kelapa dan gula kesukaan.

Selamat mencuba.

Resipi: Nor Fatihah Nawi

#resepi #masakan



Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

No Comments


Blogged.my

Flag Counter
------