Bawang yang kita beli tahan berminggu-minggu, tak cepat busuk ini cara betul untuk simpan bawang baik bawang segar, bawang yang dikupas atau yang dikisar.
1. Bawang segar
- Jangan simpan dalam peti sejuk.
- letak di tempat yang terbuka dan kering.
- letak di dalam raga berlubang yang ada pengaliran udara.
- Jangan letak bawang di tempat tertutup, gelap, serta lembap.
- Elak simpan bawang merah bercampur bersama dengan sayur lain, kerana boleh buat bawang cepat busuk.
2. Bawang dikupas
- Jangan basuh lepas dikupas kerana kelembapan boleh menyebabkan bawang lembik dan cepat rosak.
- Simpan dalam peti sejuk tapi pastikan bawang dikupas dalam bekas yang kedap udara agar tidak dicemari oleh bahan makanan lain dalam peti sejuk.
3. Bawang kisar
-Simpan dalam peti sejuk.
- Letakkan sedikit garam supaya tidak berkulat.
- Simpan dalam freezer untuk tahan lebih lama.
Sumber : vanillakismis , Arus Perdana
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
#zuwanshop #tips #cara #bawang
Subscribe by Email
Follow Updates Articles from This Blog via Email
No Comments